675 MENDAFTAR SEBAGAI PELAJAR BAHARU PJJ PACE UUM SEMESTER OKTOBER 2017/2018

image003

UUM ONLINE: Pendaftaran pelajar baharu Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Pusat Pengajian Profesional dan Lanjutan (PACE) semester Oktober 2017/2018 telah berlangsung pada 26 dan 27 Oktober lalu.

Semester ini mencatatkan jumlah pelajar yang paling tinggi mendaftar sepanjang tahun 2017 iaitu seramai 675 orang.

Pendaftaran berlangsung di 13 buah pusat pengajian di seluruh negeri iaitu di kampus UUM Sintok, Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bharu, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Sibu, Kuching, Kuantan, Langkawi, Miri, Melaka dan Yayasan Bank Rakyat.

Antara program yang ditawarkan dalam semester ini  adalah Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam, Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam.

Find the last offers by SkyBet at www.bettingy.com BettingY.com Bonuses