Syarat Kemasukan PJJ Sarjana

  

PROGRAM PASCA SISWAZAH (SARJANA) MOD SEPARUH MASA

1. SYARAT KEMASUKAN

Syarat kemasukan untuk program Sarjana di bawah UUM College of Arts and Sciences (CAS) dan UUM College of Law, Government and International Studies (COLGIS) ialah:

  1. Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dari Universiti Utara Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat Universiti dengan PMK 2.75; atau
  2. Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Utara Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi dengan PMK 2.00 hingga 2.74 dan memiliki pengalaman kerja di dalam bidang yang berkaitan (1 tahun = PMK 0.05); atau
  3. Kelulusan diploma dengan sepuluh (10) tahun pengalaman kerja dan berumur 35 tahun ke atas serta memiliki sijil dan lulus APEL T7; atau
  4. Lain-lain kelayakan yang setaraf yang diiktiraf oleh Senat Universiti; dan
  5. Memenuhi keperluan Bahasa Inggeris (untuk kemasukan pelajar antarabangsa).


ATAU

Program Sarjana di bawah UUM College of Business (COB);

  1. Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dari Universiti Utara Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat Universiti dengan PMK 2.75 (min); atau
  2. Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Utara Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi dengan PMK kurang daripada 2.75 dan mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman kerja di dalam bidang yang berkaitan boleh dipertimbangkan, tertakluk kepada temuduga oleh Jawatan Kuasa Pasca Siswazah; atau
  3. Kelulusan diploma dengan sepuluh (10) tahun pengalaman kerja dan berumur 35 tahun ke atas serta memiliki sijil dan lulus APEL T7; atau
  4. Lain-lain kelayakan yang setaraf yang diiktiraf oleh Senat Universiti; dan
  5. Memenuhi keperluan Bahasa Inggeris (untuk kemasukan pelajar antarabangsa).

 

2. PROGRAM YANG DITAWARKAN

Penawaran program sarjana adalah seperti berikut :

  1. Sarjana Pengurusan Awam
  2. Sarjana Undang-Undang Komersial 
  3. Sarjana Sains (Pengajian Strategik) 
  4. Sarjana Sains (Komunikasi Kepengurusan)
  5. Sarjana Pengajian Perniagaan Islam 
  6. Sarjana Sains (Kepengetuaan)
  7. Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan)
  8. Sarjana Pendidikan (MEd.)

 

3. KULIAH DAN PEMBELAJARAN

  1. Program ini merupakan program separuh masa dengan mod kerja kursus.
  2. Kelas akan diadakan sebulan sekali pada hari Sabtu dan Ahad kecuali di Johor Bahru dan Kota Bharu iaitu pada Jumaat dan Sabtu.
  3. Semester pengajian adalah trimester iaitu 3 semester setahun seperti tentatif berikut:

 

 

 

Tatacara Pembayaran Yuran


PERMOHONAN


Semua maklumat permohonan program sarjana di Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) boleh didapati disini. Pastikan setiap langkah-langkah berikut perlu diambil untuk memastikan permohonan anda mendapat perhatian yang sewajarnya.

Prosedur permohonan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Bank Islam


Panduan: Pembayaran melalui Bank Islam Perbankan Online.

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan yuran proses sebanyak rm150.

Cara pembayaran:

  1. Di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dengan menggunakan slip bayaran bil. Di ruangan penerima bayaran kepada hendaklah diisi nama Uniutama Consultancy and Education. Nombor akaun – 02093010007784.
  2. Sekiranya tiada cawangan bank islam berdekatan dengan anda, bayaran boleh dibuat melalui kiriman wang pos. Sila kosongkan ruangan “bayaran kepada”.

Penyerahan borang permohonan.

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan dengan dokumen berikut:

  1. Bukti pembayaran yuran pemprosesan sebnyak RM150.
  2. Borang permohonan yang lengkap.
  3. Dua (2) keeping gambar berukuran passport dan satu (1) hendaklah dilekatkan diborang permohonan.
  4. Bukti surat pengesahan pengalaman bekerja.
  5. Salinan sijil ijazah yang disahkan/ kelayakan yang setaraf, transkrip akademik penuh, TOEFL/IELTS, dan sijil professional.
  6. Salinan kad pengenalan yang disahkan.
  7. Dua (2) salinan rujukan bagi setiap seorang.

Harap maklum bahawa surat penerimaan akan dihantar melalui email anda. Hanya borang permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.


Find the last offers by SkyBet at www.bettingy.com BettingY.com Bonuses