Syarat Kemasukan PJJ
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) :
Calon mestilah berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai 3 tahun pengalaman kerja serta mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia seperti syarat berikut:
i. Lulus SPM/Setaraf dengannya
ii. Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia; DAN
iii. Kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran lain di peringkat SPM/ Setaraf;
iv. Lulus Matematik/ Matematik Tambahan/ Prinsip Akaun/ Ekonomi Asas/ Perdagangan
v. Lulus ujian pra-kelayakan yang akan dijalankan oleh pihak UUM jika tidak memenuhi syarat (iii-iv) di atas.
SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM) :
Bagi calon yang mempunyai kelulusan STPM, syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
i. Lulus SPM/Setaraf dengan baik; DAN
ii. Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/ setaraf. (Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C bagi Bahasa Melayu); DAN
iii. Lulus Matematik/ Matematik Tambahan/Prinsip Akaun/ Perdagangan/ Ekonomi di peringkat SPM; DAN
iv. Lulus dengan sekali (1) peperiksaan STPM dengan sekurang - kurangnya:
a. PNGK 2.0; DAN
b. Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am/ Kertas Am; DAN
c. Gred C (NGMP 2.00) dua (2) mata pelajaran lain
DIPLOMA/ KES KHAS:
Bagi calon yang mempunyai kelulusan DIPLOMA, syarat-syarat adalah seperti berikut:
i. Mempunyai Diploma yang setaraf dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Senat UUM ATAU
ii. Mendapat sekurang-kurangnya lulus Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam 3 mata pelajaran pengkhususan ATAU
iii. Mendapat sekurang-kurangnya Jayyid (Gred 2.00) Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ; ATAU
iv. Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan Senat UUM; DAN
Lulus SPM/setaraf dengannya; DAN
Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM; DAN
Lulus Matematik/ Matematik Tambahan/Prinsip Akaun/ Ekonomi/ Perdagangan di peringkat SPM/setaraf.