• Utama
  • Mengenai PACE
  • Laporan Piagam Pelanggan

Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan (29/11/2015)

Rajah 1: Bilangan Pelajar Yang Mendaftar Mengikut Tahun Bermula 2013 - 2015

PACE ditubuhkan pada 1 April 1999 bagi menyediakan peluang kepada masyarakat untuk meningkatkan taraf pendidikan dan mencapai tahap kelululusan yang lebih tinggi. PACE mempunyai 9 pusat pengajian iaitu di UUM Sintok, UUM Kuala Lumpur, Kuching, Sibu, Kota Kinabalu, Kota Bharu, Johor Bharu, Melaka, dan satu pusat baru iaitu di Ipoh yang baru dibuka pada tahun 2014. Tiga program yang mendapat sambutan daripada pelajar ialah Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian [BBA(Hons)], Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian [BComm(Hons)] dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM(Hons)]. Rajah 1 menunjukkan bilangan pelajar yang telah mendaftar di PACE pada tahun 2013 hingga 2015. Graf menunjukkan bahawa terdapat peningkatan bilangan pelajar yang menyambung pengajian secara PJJ di PACE. Pada tahun 2013 hanya 436 orang pelajar yang mendaftar tetapi pada tahun 2014 bilangan ini betambah kepada 529 pelajar. Bilangan pelajar terus meningkat pada tahun 2015 kepada 691 pelajar.  Ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan bilangan pelajar yang mendaftar untuk mengikuti pengajian pendidikan jarak jauh (PJJ) yang ditawarkan oleh PACE. Dengan terdapatnya penambahan bilangan pelajar maka bertambahlah hasil pendapatan PACE. Ini menunjukkan piagam pelanggan PACE iaitu “menjadi penjana utama pendapatan universiti” boleh dicapai. 

 

Rajah 2: Tahap kepuasan pelajar PJJ terhadap Program di PACE

 

Rajah 2 menunjukkan statistik hasil survey tahap kepuasan pelajar terhadap program PJJ yang ditawarkan oleh PACE. Kajian ini dilakukan menerusi laman web PACE. Maklumbalas daripada pelajar menunjukkan kebanyakan pelajar sudah menjawab survey ini. Terdapat 4 tahap kepuasan di dalam survey tersebut iaitu cemerlang, baik, sederhana, dan lemah. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti 54% memberikan jawapan yang berpuashati dengan program PJJ yang ditawarkan oleh PACE dan memberi tahap kepuasan baik dan 21% pelajar memberikan tahap kepuasan cemerlang. Manakala 21% memberikan tahap kepuasan sederhana dan hanya 4% memberikan jawapan tahap kepuasan lemah. Ini menunjukkan bahawa PACE telah mencapai tahap kepuasan pelanggan yang memuaskan dan memenuhi piagam pelanggan PACE terhadap pelajar iaitu “menyediakan pendidikan berterusan yang komprehensif”.

Find the last offers by SkyBet at www.bettingy.com BettingY.com Bonuses