• Utama
  • Program Akademik
  • Maklumat Akademik Program PJJ

Maklumat Akademik Program PJJ

BIL
PERKARA
 CATATAN
1
Pengguguran dan Penambahan Kursus
Dibuka seminggu dari tarikh pendaftaran kursus.
2
Penangguhan Pengajian Permohonan tangguh 30 hari bermula tarikh pendaftaran, yuran pengajian akan dikembalikan.
24 jam sebelum hari pertama Peperiksaan Akhir bermula.
3 Tarik Diri Kursus Tarik Diri Kursus Tidak Berbayar : sehingga Pertemuan IV Pertemuan.
Tarik Diri Kursus Berbayar : 2 minggu sebelum tarikh Peperiksaan Akhir bermula.
Bayaran sebanyak RM50.00 bagi Tarik Diri Kursus Berbayar.
Yuran tidak dikembalikan.
Pelajar perlu memastikan jumlah jam kredit yang tinggal selepas Tarik Diri Kursus tidak kurang dari 5 jam kredit.
Semak Semula Kursus (Peperiksaan) Tidak melebihi 2 minggu selepas keputusan Peperiksaan Akhir diumumkan.
Bayaran semak semula sebanyak RM75.00 untuk setiap kursus.
5 Berhenti Permohonan berhenti 30 hari bermula tarikh pendaftaran, yuran pengajian akan dikembalikan.
24 jam sebelum hari pertama Peperiksaan Akhir bermula.
6 Tugasan Kursus  Sebarang masalah berkaitan tugasan kursus adalah tertakluk sepenuhnya ke atas budi bicara pensyarah.
Tugasan kursus hendaklah diserahkan terus kepada pensyarah berkenaan.
7 Kelewatan Menghadiri Peperiksaan Akhir Mana-mana pelajar yang tiba selepas 30 minit peperiksaan bermula tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan berkenaan.
8 Tidak Hadir Peperiksaan Akhir Mana-mana pelajar yang gagal menduduki Peperiksaan Akhir akan mendapat Gred F bagi kursus yang berkenaan.
9 Peperiksaan Pertengahan Semester Pelajar diwajibkan menghadiri Peperiksaan Pertengahan Semester yang diadakan pada Pertemuan III.
10  Permohonan Peperiksaan Pertengahan Semester Gantian Permohonan dibuka tempoh 1 minggu selepas Peperiksaan Pertengahan Semester.
Permohonan dibuka kepada pelajar yang tidak dapat hadir peperiksaan disebabkan alasan sakit dan lain-lain
Pelajar hendaklah mengemukakan surat/dokumen sokongan asal semasa permohonan dibuat
11  Permohonan Peperiksaan Akhir Gantian Permohonan dibuka tempoh 1 minggu bermula selepas tarikh Peperiksaan berakhir.
Permohonan dibuka kepada pelajar yang tidak dapat hadir Peperiksaan Akhir disebabkan alasan sakit dan lain-lain.
Pelajar hendaklah mengemukakan surat/dokumen sokongan asal semasa permohonan dibuat.
12  Pendaftaran Kursus Secara "Online" Pelajar diwajibkan membuat pendaftaran kursus secara "online", layari portal komuniti pelajarwww.umis.uum.edu.my
Rujuk manual cara pendaftaran kursus [KLIK DISINI]
13 Pembayaran Yuran Pengajian dan Lain-Lain Yuran Pelajar diwajibkan membayar yuran sebelum membuat pendaftaran kursus.
Pembayaran perlu diselesaikan sebelum Pertemuan III.
Minimum jumlah bayaran/pendaftaran kursus adalah 6 jam kredit bersamaan RM900.00.
Sebarang pembayaran hendaklah menggunakan Slip Pembayaran Bil (SPB).
Rujuk manual cara pembayaran yuran [KLIK DISINI]
Maklumat Yuran Pengajian [KLIK DISINI]
 14 Pra Pendaftaran Kursus  Semua pelajar diwajibkan membuat pra pendaftaran kursus pada Pertemuan III.
Pelajar diwajibkan membuat pra pendaftaran kursus secara "online", layari portal komuniti pelajarwww.umis.uum.edu.my
Rujuk manual pendaftaran kursus [KLIK DISINI] 
15 Cetak Slip Peperiksaan Akhir   Pelajar diwajibkan mencetak slip Peperiksaan Akhir 1 minggu sebelum tarikh Peperiksaan Akhir bermula.
Layari portal komuniti pelajar www.umis.uum.edu.my  untuk cetakan slip Peperiksaan Akhir.
Rujuk manual cara cetakan [KLIK DISINI]
16  Cetak Surat Tawaran Pendaftaran Menu cetakan surat tawaran pendaftaran dibuka bagi bermula pelajar semester 2 sehingga semester seterusnya.
Menu cetakan dibuka sehingga Pertemuan III.
Layari portal komuniti pelajar www.umis.uum.edu.my.
Rujuk manual untuk cetakan [KLIK DISINI]
17 Cetak Jadual Kuliah/Kalendar Pertemuan Pelajar Layari menu Pelajar untuk capaian.
Jadual Kuliah capaian menu Pelajar pautan Jadual Kuliah.
Kalendar Pertemuan Pelajar menu Pelajar pautan Kalendar.
Find the last offers by SkyBet at www.bettingy.com BettingY.com Bonuses